Bengkel Surface Area & Particle Size Distribution SAPSiD.2 2018 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Bengkel Surface Area & Particle Size Distribution SAPSiD.2 2018

Bengkel Surface Area & Particle Size Distribution SAPSiD.2 2018

8 Februari 2018 – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menganjurkan Bengkel Surface Area & Particle Size Distribution SAPSiD.2 2018 Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang konsep asas surface area dan ukuran particle size distribution untuk nanomaterials berliang dan tidak berpori. Seramai 40 peserta dari pelbagai fakulti dan institut dari dalam dan luar UPM menyertai bengkel ini.

Pengukuran surface area dan ukuran particle size distribution adalah dua sifat fizikal yang paling penting untuk pencirian maju dan nanomaterial. Teknik-teknik ini memberikan maklumat penting mengenai ciri-ciri material, yang penting untuk pelbagai aplikasi. Data yang dihasilkan daripada teknik ini boleh digunakan untuk menyokong data lain yang diperolehi oleh teknologi lain.

Sesi bengkel dimulakan dengan sesi teori yang disampaikan oleh disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd. Zobir bin Hussein yang merupakan penyelidik felo di ITMA. Pada sebelah petang, sesi demonstrasi dijalankan di makmal-makmal ITMA. Sesi demonstrasi diambil alih  oleh penolong jurutera serta wakil pelajar ITMA.

Program ini telah dijalankan dengan jayanya dan diharapkan dapat memberi banyak manfaat kepada para penyelidik serta pelajar siswazah yang turut serta dalam program ini.

Tarikh Input: 08/02/2018 | Kemaskini: 09/02/2018 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEUVAh~