Ceramah Aman Palestin | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Ceramah Aman Palestin

Ceramah Aman Palestin

14 Jun, 2017 – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menganjurkan Ceramah Aman Palestin. ITMA telah menjemput jurucakap kepada Aman Palestin Malaysia; Puan Farrah Adeeba Ashraf. Turut hadir adalah Imam Ahmad Omar Khairy Taqteh yang merupakan warga Palestin bersama dengan penterjemah beliau Encik Mukram Hj. Mohd. Taib. Program ini telah dihadiri oleh staf ITMA dan juga Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia.  Tujuan utama ceramah ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang nasib orang muslim di Palestin dan juga Syria.

Ceramah pertama telah disampaikan oleh bacaan ayat suci Al- Qran oleh Imam Ahmad Omar Khairy Taqteh.  Kemudian, Mr. Mukram Hj. Mohd. Taib telah menyampai ucapan terima kasih bagi pihak penduduk Palestin terhadap bantuan kemanusiaan yang telah disampaikan oleh rakyat Malaysia.

Sesi seterusnya telah disampaikan oleh Farrah Adeeba sebagai jurucakap Aman Palestin Malaysia.  Beliau memulakan sesi dengan menceritakan tentang pengalaman berkunjung ke bumi Palestin. Kemudian, beliau juga berkongsi informasi tentang sejarah pendudukan Israel secara haram ke atas Palestin. Beliau menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama mendoakan keselamatan  rakyat Paletin yang selama ini telah ditindas oleh pengganas Israel.

Diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada kita yang berada di bumi yang aman seperti Malaysia dan sentiasa prihatin tentang nasib penduduk negara-negara yang telah ditindas. Akhir sekali, ceramah ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah ITMA iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Nizar Hamidon.

Tarikh Input: 19/06/2017 | Kemaskini: 19/06/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXETTAJ~