Delegasi Konsortium Sains Negara Filipina | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Delegasi Konsortium Sains Negara Filipina

Delegasi Konsortium Sains Negara Filipina

30 Mac 2017 - ITMA telah menerima Delegasi Konsortium Sains Negara - Institut Pendidikan Sains, Philipine. Sekumpulan sembilan orang telah diketuai oleh Dr. Mark Rolan Confessor, Dekan & Ketua Projek dari Mindanao State University- Iligan Institute of Technology (MSU-IIT). Pelawat disambut oleh Pengarah ITMA Prof. Dr. Nor Azah Yusof dan para penyelidik ITMA.

Semasa lawatan tersebut mereka telah diberi penerangan mengenai sejarah ITMA, latar belakang dan pencapaiannya. Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh ITMA. Perbincangan ringkas telah didakan bagi membuka peluang bagi rancangan kerjasama dan mencetuskan idea-idea antara dua pihak tentang bagaimana untuk melakukan kerjasama tersebut.

Dalam sesi terakhir, pengunjung dibawa melawat ke Laboratori ITMA termasuk Laboratori FESEM. Para pelawat sangat teruja selepas diperkenalkan dengan kemudahan teknologi tinggi dan perkhidmatan yang dimiliki oleh ITMA . Lawatan ini berakhir pada jam 2 petang sebelum mereka meneruskan lawatannya ke Fakulti Sains dan kami berharap kerjasama antara ITMA dan Universiti-universiti Filipina akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Tarikh Input: 03/04/2017 | Kemaskini: 03/04/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdPAu~