Majlis Penyerahan Plak Bagi Pejabat Satelit Daripada Pihak Universiti Shinshu 2017 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Majlis Penyerahan Plak bagi Pejabat Satelit daripada pihak Universiti Shinshu 2017

Majlis Penyerahan Plak bagi Pejabat Satelit daripada pihak Universiti Shinshu 2017

24 Julai 2017 – Majlis Penyerahan Plak daripada pihak Universiti Shinshu telah diadakan di Galeri Putra, Bangunan Canselori Universiti Putra Malaysia. Majlis ini diadakan sebagai simbolik bagi penempatan Pejabat Satelit Universiti Shinshu di salah sebuah laboratori di Institut Teknologi Maju (ITMA).

Majlis ini telah dihadiri oleh Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai wakil UPM. Manakala yang turut hadir sama adalah Timbalan Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Mohd. Nizar Hamidon, Prof. Dr. Norhisam Misrom selaku ketua projek kerjasama bersama Universiti Shinshu bersama ketua-ketua laboratori ITMA.

Wakil deligasi dari Universiti Shinshu adalah Dr. Kiyoshi Tanaka Timbalan Presiden Universiti Shinshu (Pengantarabangsaan), Hirokazu NAGATA, Michiko NISHIKAWA yang merupakan Setiausaha Kedua Pertanian, Perhutanan, Perikanan & Alam Sekitar, Kedutaan Jepun di Malaysia dan Mizutani Pengarah Urusan Fujitsu Communication Malaysia.

Tujuan utama kerjasama ini sebagai platform bagi meningkatkan taraf UPM sebagai universiti yang diiktiraf oleh universiti Jepun untuk pertukaran pelajar dan akademik, menjadi rakan dalam projek penyelidikan dan mobiliti pelajar UPM di peringkat antarabangsa. Aktiviti pertukaran pelajar yang aktif dijalankan oleh Shinshu University ini perlu diambil kira dalam usaha memperluaskan mekanisme UPM dalam mencari tempat bagi pelajar UPM mengadakan program pertukaran, yang akhirnya dapat mencapai matlamat memantapkan kemahiran insaniah pelajar.

Tarikh Input: 09/08/2017 | Kemaskini: 09/08/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXETHA2~