Perjumpaan Halatuju ITMA Bersama TNCPI | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Perjumpaan Halatuju ITMA bersama TNCPI

Perjumpaan Halatuju ITMA bersama TNCPI

16 Ogos 2017 – Satu perjumpaan yang dinamakan Perjumpaan Halatuju Institut Teknologi Maju (ITMA) bersama Prof. Dato' Dr. Husaini Omar (Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)  Universiti Putra Malaysia. Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Mohd Nizar Hamidon bersama ketua-ketua laboratory ITMA. Pengarah Putra Science Park (PSP), Prof. Madya Dr Samsilah Roslan bersama Timbalan Pengarah PSP Dr. Zahira Mohd Isha.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada En. Din Ayup selaku pengacara majlis diikuti perbentangan pencapaian ITMA oleh Timbalan Pengarah ITMA. Majlis diteruskan dengan taklimat halatuju oleh TNCPI UPM.  Yang berbahagia Dato’ menekankan tentang bagaimana untuk menjadikan ITMA sebagai institut yang dikenali dan mampu menyumbang ke arah kemajuan negara. Beliau juga mencadangkan agar pihak ITMA dapat mewujudkan rancangan perniagaan bagi menaikkan lagi imej ITMA sebagai institut yang menjalankan penyelidikan teknologi nano.

Beliau juga telah mengumumkan tentang insentif geran penyelidikan UPM bagi mana-mana penyelidik yang ingin mencari peluang kerjasama penyelidikan di luar negara. Diharapkan dengan pengumuman tentang insentif penyelidikan ini dapat menaikkan semangat para penyelidik bagi mempertingkatkan usaha dalam memajukan bidang penyelidikan masing-masing.

Tarikh Input: 18/08/2017 | Kemaskini: 05/09/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdOA0~