Simposium Teknologi Bahan Maju Dan Nanoteknologi 2017 (SAMN2017) | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Simposium Teknologi Bahan Maju dan Nanoteknologi 2017 (SAMN2017)

Simposium Teknologi Bahan Maju dan Nanoteknologi 2017 (SAMN2017)

18 Julai 2017 – Institut Teknologi Maju telah menganjurkan Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology (SAMN2017). Simposium ini adalah hasil kerjasama Institut Teknologi Maju (ITMA) bersama IEEE Circuits and Systems Society (CAS) Malaysia Chapter dan telah berlangsung selama dua hari di Hotel Bangi-Putrajaya. Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology, sebelum ini dikenali sebagai Workshop on Advanced Materials and Nanotechnology (WAMN) merupakan salah satu daripada acara tahunan ITMA yang telah bermula sejak tahun 2003 lagi.

Program seumpama ini adalah salah satu usaha ITMA bagi memperkenalkan dang memperkuatkan nama ITMA sebagai salah satu institut yang terbaik dalam menjalankan penyelidikan Bahan Termaju dan Nanoteknologi. Melalui penganjuran program seumpama ini, ITMA telah berjaya menjemput beberapa pakar tempatan dan juga dari luar negara untuk berkongsi pengetahuan serta hasil penyelidikan mereka. SAMN 2017 telah menarik minat lebih dari 60 orang peserta yang terdiri daripada warga akademik, industri dan institusi kerajaan.

Terdapat dua sesi bersemuka yang berkaitan dengan bahan-bahan maju dan teknologi nano. Program bermula secara rasmi dan dimulakan dengan 1 ceramah plenary, 4 ceramah keynotes, 8 ceramah dari invited keynotes dan lebih dari 40 kertas lisan.Semuanya adalah merangkumi topik berkaitan bahan nano, peranti fungsional berstuktur nano , nanoelektrik, sensor dan penggerak, tenaga nanonano energy, sintesis & pencirian berfungsi, pemodelan & simulasi peranti nano, fotonik & bahan optoelektronik, biosensor & bio elektronik  dan filem nipis. Kertas kerja yang dibentangkan akan diterbitkan di International Journal of the Institute of Materials Malaysia (IJIMM), SAMN2017 Edisi Terhad Journal of Solid State Science and Technology, and PERTANIKA Journal.

Gambar bersama Dahan Tech pempamer pada SAMN2017

Diharapkan simposium ini dapat mengenal pasti peluang untuk program penyelidikan bersama dalam bahan maju dan nanoteknologi di kalangan penyelidik dan saintis dari pelbagai makmal dan organisasi R & D.Dengan semangat kerja berpasukan sedemikian akan membolehkan ahli untuk meningkatkan lagi pencapaian, kepakaran dan pengalaman masing-masing.

Tarikh Input: 25/07/2017 | Kemaskini: 25/07/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdQAQ~