ITMA Iftar Program 2018 | INSTITUTE OF ADVANCED TECHNOLOGY (ITMA)
» NEWS » ITMA Iftar Program 2018

ITMA Iftar Program 2018

Majlis berbuka puasa Institut Teknologi Maju (ITMA) yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial ITMA telah berlangsung pada 26 Mei 2018. Majlis ini telah dihadiri lebih kurang 25 keluarga iaitu lebih kurang dalam 100 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak. Kerjasama daripada semua staf amatlah menggalakkan bagi kelancaran majlis ini.

Kelab juga telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi memasak menu yang ditaja oleh kelab iaitu ayam masak merah, sup kaki ayam dan juga sayur campur bermula jam 12.00 tengah hari sabtu  26 Mei 2018. Selain itu.terdapat pelbagai juadah yang dibawa oleh semua staf yang hadir iaitu ikan bakar, mi kari, kambing bakar, pelbagai kuih dan lauk yang disumbangkan oleh staf.

Majlis bermula dengan upacara tahlil yang sepatutnya bermula pada 6.30 petang, namun kelewatan berlaku kerana hujan lebat pada masa tersebut. Namun majlis berjalan dengan lancar sehingga solat terawih berjemaah yang selesai pada jam 10.00 malam.

Diharapkan aktiviti seperti ini dapat dijalankan setiap tahun bagi mengeratkan perhubungan silaturrahim antara staf serta mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Date of Input: 31/05/2018 | Updated: 25/07/2019 | nursyahirah

MEDIA SHARING

SEE ALSO
INSTITUTE OF ADVANCED TECHNOLOGY (ITMA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdHAE~