Perutusan Pengarah | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» MENGENAI KAMI » Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kunjungan tuan-tuan dan  puan-puan ke Institut Teknologi Maju (ITMA).


ITMA membangunkan makmal penyelidikan bertaraf dunia dalam bidang niche teknologi canggihmenarik penyelidik terkenal dan melatih serta memimpin penyelidik masa depan dalam bidang teknologi canggihITMA berkongsi hasil penyelidikankepakaran dan kemudahan dengan komuniti penyelidikan dan industri di seluruh dunia.

Ia adalah harapan saya agar laman web ini akan membantu dalam menyebarkan maklumat yang lebih jelas dan lebih terperinci tentang penyelidikan dan penyelidik di institut iniIni juga akan memberi manfaat kepada mereka yang bercita-cita untuk menjalankan penyelidikan atau menjadi pelajar siswazah di ITMA.

Terima kasih diucapkan kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan aluan untuk laman web Institut Teknologi Maju. Saya yakin bahawa laman web ini akan memberi manfaat kepada bakal-bakal pelajar dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti akademik, penyelidikan dan lain-lain. Terima kasih juga kepada semua yang menyumbang ke arah penubuhan laman web ini dan saya berharap ia akan terus dibangunkan selaras dengan ITMA dan inspirasi UPM.

Oleh itu, saya berharap maklumat yang diberikan di laman sesawang ini dapat memberi manfaat. Sila hubungi kami jika anda memerlukan  maklumat lanjut ;

Prof. Madya Dr. Mohd. Nizar b. Hamidon
Pengarah
Institut Teknonlogi Maju
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Kemaskini:: 18/01/2019 [nursyahirah]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566200560