Sejarah Penubuhan | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» MENGENAI KAMI » Sejarah » Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti Putra Malaysia ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai sebuah institut penyelidikan termaju pelbagai bidang. Selaras dengan penstrukturan semula penyelidikan universiti pada tahun 2012, ITMA telah menyusun semula bidang pengkhususan kepada Bahan Termaju dan Teknologi Nano yang memfokus kepada bidang seperti sintesis dan pencirian bahan, pemprosesan dan teknologi bahan, dan aplikasi bahan dalam alat peranti penderiaan dan fungsian.

ITMA membangunkan laboratori penyelidikan bertaraf dunia, menarik penyelidik terkenal dan melatih bakal peneraju penyelidikan dalam bidang khusus yang berkaitan dengan bahan termaju dan teknologi nano. ITMA berkongsi penemuan penyelidikan, kepakaran dan kemudahan bersama komuniti penyelidikan dan industri seluruh dunia. Laboratori ITMA telah menerima pengiktirafan Akreditasi MS ISO/ IEC 17052 bagi perkhidmatan laboratorinya.

Kemaskini:: 21/12/2018 [zuhairi_zainal]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
B1566202656