Bengkel Gas Chromatography 2.0 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Bengkel Gas Chromatography 2.0

Bengkel Gas Chromatography 2.0

3 May 2017, UPM, Serdang – Makmal Teknologi dan Pemprosesan Bahan (MPTL), Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menganjurkan Bengkel Gas Chromatography (GC) 2.0. Bengkel ini adalah bertujuan untuk perkongsian pengetahuan dan kepakaran fasiliti ITMA kepada komuniti UPM khususnya.

Pada sesi pagi telah diadakan sesi ceramah oleh Dr. Umer Rashid, Penyelidik Felo ITMA yang telah mempunyai pengalaman selama 10 tahun dengan Gas Chromatography.

Pada tengaharinya, semua peserta dibawa ke makmal untuk sesi demonstrasi. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan kerana terdapat dua kumpulan bagi demonstrasi iaitu Liquid Sample Testing (GC-FID) dan Gas Sample Testing (Online GC).

Seramai 23 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang melibatkan pelajar dan staf dari fakulti dan institusi di UPM dan juga seorang peserta dari MARDI. Bengkel ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta.

 

Tarikh Input: 06/06/2017 | Kemaskini: 06/06/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdUAP~