Bengkel “Sensors In Medical, Agriculture And Environment” 2019 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Bengkel “Sensors In Medical, Agriculture And Environment” 2019

Bengkel “Sensors In Medical, Agriculture And Environment” 2019

SERDANG, 22 Ogos – Institut Teknologi Maju (ITMA) dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Teknologi Sensor dan Fakulti Sains, UPM telah menganjurkan bengkel “Sensors in Medical, Agriculture and Environment” sempena simposium antarabangsa, iSAMN2019 yang telah diadakan baru-baru ini.

Penceramah jemputan yang terlibat merupakan penyelidik-penyelidik bersekutu Laboratori Peranti Fungsian (FDL) iaitu Prof. Dr. Nor Azah Yusof dan Prof. Madya. Dr. Jaafar Abdullah. Selain daripada mereka, Prof. Madya Dr. Latifah Munirah dan Dr. Ammar Zakaria daripada Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Dr. Nurul Hanun Ahmad Raston daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Dr. Lee Keng Yee daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Dr. Asilah Ahmad Tajudin daripada UPM juga dijemput sebagai penceramah.  

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar telah menyertai bengkel ini. Bengkel dua hari ini dipenuhi dengan sesi ceramah pada sebelah pagi di Bilik Seminar, ITMA dan sesi “hands-on” pada sebelah petang di Makmal Kimia, Fakulti Sains.

Tarikh Input: 30/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdKAG~