Ceramah Keselamatan Makmal ITMA 2018 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Ceramah Keselamatan Makmal ITMA 2018

Ceramah Keselamatan Makmal ITMA 2018

21 Februari 2018, Institut Teknologi Maju,  – Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Institut Teknologi Maju telah menganjurkan 'Laboratory Safety Talk and Card Activation Day 2018'. Seramai 53 orang peserta telah hadir ke program ini yang telah diadakan selama dua hari.

Program dimulakan oleh taklimat tentang Jawatankuasa JKKP ITMA oleh Timbalan Pengerusi JKKP ITMA, iaitu Encik Md. Ali Rani. Ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi teori dimana penceramah yang pakar dalam bidang keselamatan makmal telah dijemput .Slot ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Jaafar bin Abdullah tentang simbol-simbol keselamatan serta cara pengurusan bahan kimia. Manakala slot seterusnya turut juga disampaikan oleh Puan Afida Miskam, iaitu wakil dari Pejabat OSH UPM dan Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah. Kedua-dua slot ini membawa tajuk Amalan Terbaik Kemudahan Makmal dan Pematuhan Peraturan Keselamatan Makmal.

Para Peserta adalah terdiri daripada penyelidik dan pelajar dari ITMA. Tujuan program ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang keselamatan dalam makmal khususnya kepada para pelajar dan penyelidik ITMA.

Ceramah ini adalah penting untuk memperluas dan memantapkan pengetahuan pelajar serta penyelidik tentang keselamatan serta peraturan di ruang kerja terutama sekali di dalam laboratori. Seterusnya dapat membendung sebarang kemalangan di dalam makmal daripada berlaku. Diharapkan program seumpama ini dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada pelajar malah penyelidik ITMA.

 

Tarikh Input: 27/02/2018 | Kemaskini: 27/02/2018 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDcTAv~