Intensive Workshop On High Impact Journal Publishing 2019 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Intensive Workshop On High Impact Journal Publishing 2019

Intensive Workshop On High Impact Journal Publishing 2019

Institut Teknologi Lanjutan (ITMA), UPM telah menganjurkan bengkel "Intensive Workshop on High Impact Journal Publishing" pada 3 dan 4 April 2019 di Klana Beach Resort, Port Dickson. Bengkel ini dianjurkan bersama dengan UPM Education & Training Sdn. Bhd. Seramai 20 peserta dari ITMA yang terdiri daripada penyelidik bersekutu, felo penyelidik, pasca doktoral, pegawai penyelidik dan pelajar siswazah telah menyertai bengkel ini.

Hari pertama bengkel bermula dengan ceramah oleh Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid dari Fakulti Sains. Peserta diberi ceramah mengenai penghasilan manuskrip berimpak dan proses penulisan hingga ke penghantaran manuskrip ke jurnal berimpak tinggi. Selepas sesi perkongsian, bengkel diteruskan dengan sesi penulisan artikel oleh peserta. Bengkel berehat pada waktu petang untuk peserta check in dan makan malam sebelum bengkel disambung semula pada waktu malam.

 

 

Pada hari kedua, Dr. Hafiz meneruskan sesi perkongsian dengan taklimat berkenaa proses penghantaran manuskrip ke jurnal berimpak tinggi. Dr. Hafiz juga telah berkongi tips untuk memilih jurnal yang bersesuaian dengan topic artikel peserta. Sesi penulisan artikel bersambung semula sehingga ke petang, di mana peserta telah menghantar tajuk artikel dan jurnal yang telah dipilih sebelum bengkel berakhir.

Secara keseluruhan, siri pertama bengkel "Intensive Workshop on High Impact Journal Publishing" dianggap berjaya dengan para peserta memberikan komen positif di samping dapat memberikan fokus sepenuhnya dalam penulisan artikel.  Jawatankuasa penganjur berharap bengkel ini dapat menjadi titik permulaan yang baik bagi peserta untuk terus komited dalam menghasilkan artikel berimpak tinggi, khususnya dalam jurnal Q1 dan Q2.

 

Tarikh Input: 11/04/2019 | Kemaskini: 26/02/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEaDAN~