ISAMN2019 Kumpul Lebih Daripada 90 Peserta Bersama Pakar Tempatan Dan Antarabangsa | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » iSAMN2019 Kumpul lebih daripada 90 Peserta bersama Pakar Tempatan dan Antarabangsa

iSAMN2019 Kumpul lebih daripada 90 Peserta bersama Pakar Tempatan dan Antarabangsa

PUTRAJAYA, Ogos 19 – International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology 2019 (iSAMN2019), yang telah dianjurkan bersama oleh Institut Teknologi Maju (ITMA) dan Persatuan Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS), telah berjaya mengumpulkan lebih 90 peserta termasuk pakar tempatan dan luar negara untuk berkongsi ilmu dan hasil penyelidikan terkini mereka.

Bertemakan “Achieving Sustainability through Innovative Nanotechnology”, simposium selama dua hari ini telah diadakan di Hotel Marriott Putrajaya dan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zulkifli Idrus.

Ucapan pleno telah disampaikan oleh Prof. Dr. Wenjing Hong (Universiti Xiamen, China) dan Prof. Dr. Shuzi Hayase (Kyushu Institute of Technology, Jepun). Sementara itu, sesi ucaptama pula telah disampaikan oleh Prof. Huang Nay Ming (Universiti Xiamen Malaysia), Prof. Sanjib Bhakta (Universiti Birkbeck, London), Prof. Dr. S. Abraham John (Gandhigram Rural Institute-Deemed to be University, India), Assoc. Prof. Ng Yun Hau (City University of Hong Kong, Hong Kong), Dr. Idris Abu Seman (Malaysian Palm Oil Board) and Assistant Professor Dr. Gyorgy Szekely (King Abdullah University of Science and Technology, Saudi Arabia & University of Manchester, UK).

 

 

Di samping sesi pembentangan lisan, iSAMN2019 juga telah memperkenalkan ‘Materials Technology Challenge Version 2.0. (MTC 2.0)’ kepada peserta poster. Di MTC 2.0, peserta dikehendaki membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam bentuk poster di hadapan panel juri. Tiga pingat emas telah dianugerahkan kepada tiga pembentang poster yang terbaik. Pertandingan Mikrograf Terbaik juga telah dianjurkan di simposium ini. Beberapa orang peserta yang bernasib baik juga telah membawa pulang hadiah menarik yang dimenangi menerusi acara cabutan bertuah di majlis penutup simposium ini.

Semasa berucap di majlis penutup, Pengerusi iSAMN2019, Prof. Madya Dr. Janet Lim hong Ngee berharap agar para peserta mendapat manfaat dan membina jaringan kerjasama ke arah mencari penyelesaian serta merangka strategi berkesan untuk pembangunan penyelidikan dalam bidang Bahan Termaju dan Teknologi Nano pada masa hadapan. Beliau turut berharap kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak akan berterusan bagi program-program yang akan datang. 

Kertas-kertas pembentangan akan melalui proses peer-reviewed untuk penerbitan “iSAMN2019 Special Issue” dalam International Journal of Nanotechnology Inderscience Publishers, dan Journal of Solid State Science and Technology.

 

Tarikh Input: 30/08/2019 | Kemaskini: 31/10/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDcTAM~