ITMA Anjur Kem Ekplorasi Sains Untuk Pelajar Sekolah | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Anjur Kem Ekplorasi Sains untuk Pelajar Sekolah

ITMA Anjur Kem Ekplorasi Sains untuk Pelajar Sekolah

17 OKTOBER, Puchong – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menganjurkan satu program bagi menggalakkan minat terhadap sains dalam kalangan pelajar yang dinamakan “Kem Eksplorasi Sains: Inspirasi Kampus Putra 2019/2020” bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana (SMKPP), Puchong.

Seramai 90 orang pelajar dan enam orang Guru Sains telah menyertai program ini. Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengetua Sekolah, Encik Md Zin Ja’afar diikuti dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh tiga orang penceramah jemputan yang terdiri daripada Dr. Nurzatulshima Kamarudin, Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (FPP), Dr. Intan Helina Hassan, Pegawai Penyelidik ITMA dan Encik Muhammad Asnawi Mohd Kusaimi, pelajar Master ITMA. Antara topik yang telah disampaikan adalah “Kreativiti STEM dalam Melestari Alam”, “Research is your Future” dan “F.U.T.U.R.E.”. Dalam siri pertama ini, para pelajar ditekankan mengenai kepentingan sains dalam kehidupan dan turut mempromosikan kempen “Hindari Plastik Sekali Guna” bagi menyokong Program Teknologi Hijau anjuran FPP dengan kerjasama Yayasan Hijau Negara.

Program turut diserikan dengan kata-kata motivasi daripada Pengarah ITMA, Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon dan sesi bertukar sijil kolaborasi dan cenderahati sebagai simbolik kerjasama antara ITMA dan SMKPP. Diharap kerjasama baik ini akan dapat diteruskan dalam program siri ke-2 yang dirancang akan diadakan pada awal tahun hadapan. Semoga usaha ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua pelajar untuk meminati mata pelajaran Sains dan memahami kepentingan sains dalam kehidupan.

Tarikh Input: 31/10/2019 | Kemaskini: 01/11/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXESSAV~