ITMA Anjur Program Mobiliti Ke Erzurum, Turki | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Anjur Program Mobiliti Ke Erzurum, Turki

ITMA Anjur Program Mobiliti Ke Erzurum, Turki

SERDANG – Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan program mobiliti ke luar negara daripada 17 November 2018 hingga 1 Disember 2018 di Erzurum, Turki.

 

Program yang diketuai oleh Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Mohd Nizar Hamidon juga selaku pegawai pengiring ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara dua pihak yang telah sedia terjalin sejak beberapa tahun yang lepas. Program ini merupakan landasan untuk memperkenalkan UPM amnya serta ITMA khususnya sebagai sebuah institut penyelidikan dalam bidang bahan termaju dan nanoteknologi.

Program yang terbahagi kepada dua bahagian ini melibatkan seramai 5 orang pelajar dan 6 orang penyelidik ITMA. Program mobiliti pelajar bermula daripada 17 November 2018 hingga 1 Disember 2018. Para pelajar telah diperkenalkan kepada “buddies” masing-masing serta dibawa melawat ke makmal-makmal penyelidikan di sekitar Fakulti Kejuruteraan di Universiti Atartuk dan Erzurum Technical University. Mereka turut diperkenal kepada budaya dan bangunan bersejarah setempat seperti Erzurum Kalesi (Erzurum Palace), Çifte Minareli Medrese (Twin Minaret Madrasah), Üç Kümbetler (Three Cemetery), Tashan (Erzurum jewelery market) dan Erzurum Evleri (Erzurum Coffee House). Selain itu mereka turut berkesempatan berjumpa Rektor, East Anatolia High Technology Application and Research Center (DAYTAM) dan dibawa melawat ke makmal penyelidikan mereka. Mereka juga berkesempatan melawat pejabat Rektor di Universiti Gumushane. Kumpulan pelajar ini juga turut berpeluang merasai pengalaman memetik buah limau mandarin serta melawat sekitar kebun di Trabzon.

 

Bahagian kedua program ini melibatkan penyelidik ITMA seramai enam orang yang bermula pada 26 November hingga 1 Disember 2018. Program mobiliti ITMA ini juga turut disertai oleh tujuh orang lagi penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains, UPM.  Para penyelidik telah menyertai International Symposium On Applied Sciences and Engineering (ISASE2018) bagi membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Para penyelidik turut dibawa melawat DAYTAM, Pejabat Rektor  Universiti Ataturk dan Erzurum Technical University, YUTAM (Yüksek Teknoloji Uygulama ve AraÅŸtırma Merkezi). Sebahagian peserta turut berpeluang mengadakan aktiviti bersama pelajar Akif Merkezi Community Cultural Centre dan melawat tempat bersejarah di sekitar Istanbul sebelum pulang ke tanahair.

 

Program mobiliti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara ITMA, UPM dan Universiti Atartuk, Turki malah memberi peluang dan pengalaman berharga kepada semua peserta dalam membina jaringan, perkongsian ilmu serta pendedahan terhadap budaya, bahasa dan makanan setempat. Penghargaan yang tidak terhingga buat Prof. Dr. Mehmet Ertugrul atas layanan yang baik sepanjang peserta berada di Erzurum, Turki. Semoga hubungan yang terjalin akan berterusan dengan pelbagai aktiviti usahasama pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 31/01/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXETGAI~