ITMA Bekerjasama Dengan FPP Dalam Program Memperkasa STEM Untuk Pelajar-pelajar Di Felda Belitong | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Bekerjasama dengan FPP dalam Program Memperkasa STEM untuk Pelajar-pelajar di Felda Belitong

ITMA Bekerjasama dengan FPP dalam Program Memperkasa STEM untuk Pelajar-pelajar di Felda Belitong

4 NOVEMBER, Kluang – Institut Teknologi Maju (ITMA) bekerjasama dengan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam penganjuran Program Peduli Pendidikan STEM Sekolah Luar Bandar (STEM-Care 1.0) di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong di Felda Ulu Belitong, Kluang, Johor.

Program yang dipanggil "STEM is awesome" ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengetua, Puan Mahizan Muhammud dan Ketua Delegasi UPM, Dr. Nurzatulshima Kamarudin dari FPP serta melibatkan kira-kira 150 pelajar dari TIngkatan 1 hingga 4.

Sesi bertajuk “Learning STEM is Fun” dan “Ceramah: Kerjaya STEM” telah dikendalikan oleh Dr. Nurzatulshima Kamarudin dan Lft. Kolonel Othman Jailani daripada FPP, manakala “STEM dalam Kehidupan” pula diterajui oleh Dr. Intan Helina Hassan dan Encik Muhammad Asnawi Mohd Kusaimi daripada ITMA serta dibantu oleh beberapa orang fasilitator.

Program memberi tumpuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, pendedahan terhadap aplikasi STEM dalam kehidupan seharian serta peluang serta laluan kerjaya. Program diakhiri dengan sesi ucapan, pertukaran sijil penghargaan dan cenderamata dalam majlis penutupan.

Tarikh Input: 27/12/2019 | Kemaskini: 27/12/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdGAU~