ITMA Di SKTPP, Puchong Sempena Majlis Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA di SKTPP, Puchong Sempena Majlis Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan

ITMA di SKTPP, Puchong Sempena Majlis Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan

PUCHONG, 24 Julai – Beberapa orang wakil daripada pihak Institut Teknologi Maju (ITMA) diketuai oleh Ketua Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan (MPLT), Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid telah hadir di Majlis Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (APPSSCK) 2019 di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP), Puchong.

Penilaian ini melibatkan lawatan ke tapak Laman Teknologi Hijau yang dibina di SKTPP melalui Program Pemindahan Ilmu kepada komuniti diketuai oleh Dr. Suraya bersama Ketua Laboratori Peranti Fungsian (FDL), Prof. Madya Dr. Suhaidi Shafiee (Ketua FDL) dan Prof. Madya LAr. Dr. Nor Atiah Ismail daripada Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina UPM serta ahli-ahli ITMA yang lain.

Pembinaan laman itu telah bermula pada bulan Mac 2019 yang lalu dan terbahagi kepada tiga seksyen; “Sudut Nanoteknologi” dan “Laman Lapangan Terbang” di Anjung ITMA-FRSB UPM serta “Pemercik Interaktif” di Anjung Botani. Laman ini mempunyai elemen sains, kitar semula dan interaktif sebagai tarikan pelajar semasa menyampaikan ilmu. Melalui program ini, pihak ITMA-FRSB focus untuk membantu guru-guru mengembangkan lagi kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) untuk murid-murid di luar kelas selain pusat sumber utama yang dipanggil Ujana Ilmu yang bertemakan lapangan kapal terbang.

Pihak ITMA-FRSB sangat berpuas hati dengan pelaksanaan program ini dan berharap sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat kepada para guru dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid secara amnya dan memberi nilai tambah kepada proses penjurian khususnya. Semoga laman ini dapat dipelihara dan membantu menggalakkan pertambahan minat para pelajar kepada subjek sains khasnya.

Tarikh Input: 31/07/2019 | Kemaskini: 24/01/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXESQAO~