ITMA Galak Pelajar Kekal Kreatif Semasa PKP | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Galak Pelajar Kekal Kreatif semasa PKP

ITMA Galak Pelajar Kekal Kreatif semasa PKP

SERDANG – Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ITMA dengan kerjasama MajalahSains.com telah menganjurkan Pertandingan Menulis Artikel Sains yang bertemakan ‘Nanosains dan Nanoteknologi” bagi menggalakkan para pelajar kekal kreatif.

Di samping itu pertandingan ini turut bertujuan untuk melihat maklum balas pelajar-pelajar universiti terhadap tema yang diketengahkan yang merupakan bidang tujahan di ITMA.

Pertandingan yang berakhir pada 30 Mei itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM650.00. Pertandingan ini mendapat banyak penyertaan daripada pelajar dari pelbagai universiti termasuk UKM, USM, UNIKL, UTM, UiTM, UNISZA, UIA, Politeknik, YILDIZ TECHNICAL UNIVERSITY (TURKI) dan UPM.

Tiga pemenang telah dipilih oleh juri dan telah diumumkan baru-baru ini. Tahniah kepada semua pemenang.

ITMA turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini.

Senarai pemenang-pemenang pertandingan

Tarikh Input: 20/07/2020 | Kemaskini: 20/07/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEaEAh~