ITMA Galak Staf Dan Pelajar Tingkat Prestasi Diri | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Galak Staf dan Pelajar Tingkat Prestasi Diri

ITMA Galak Staf dan Pelajar Tingkat Prestasi Diri

SERDANG, 12 Mac – ITMA telah menganjurkan webinar yang bertajuk “Self-Maintenance and Improvement: No One is Perfect” untuk menggalakkan semua staf dan pelajar meningkatkan prestasi diri masing-masing terutama dalam mendepani cabaran pada masa kini.

Program yang diterajui oleh Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL) ini dimulakan dengan kata aluan oleh Prof. Dr Mohd Nizar Hamidon, Pengarah Institut Teknologi Maju, (ITMA). 

Majlis yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Che Azurahanim Che Abdullah, Ketua MSCL kemudiannya diteruskan dengan sesi motivasi oleh penceramah jemputan iaitu Cik Siti Maisarah Alias seorang Fasilitator/Kaunselor bebas dari Setiu, Terengganu.

Penceramah telah berkongsi analisis psikologi mengenai ciri-ciri keperibadian, tingkah laku dan potensi bakat manusia. Peserta turut diberi beberapa petua meningkatkan prestasi diri masing-masing seterusnya membantu meningkatkan kecemerlangan organisasi berdasarkan ciri-ciri keperibadian yang dikongsikan.

Di akhir program peserta diperkenalkan dengan ujian penilaian personaliti berdasarkan tarikh lahir yang mendapat respon balas hangat oleh peserta seramai 120 orang terdiri daripada pelajar dan staf UPM serta institusi lain sehingga program berakhir.

Tarikh Input: 25/03/2021 | Kemaskini: 07/07/2021 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEUWAn~