ITMA Jayakan Program Pemindahan Ilmu Sains Dan Jalinan Kasih Di Rumah Bakti Al Kausar | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Jayakan Program Pemindahan Ilmu Sains dan Jalinan Kasih di Rumah Bakti Al Kausar

ITMA Jayakan Program Pemindahan Ilmu Sains dan Jalinan Kasih di Rumah Bakti Al Kausar

7 Mac 2020 – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menjayakan satu projek komuniti yang dinamakan Program Pemindahan Ilmu Sains dan Jalinan Kasih di Rumah Bakti Al Kausar yang terletak di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Rumah bakti ini dihuni oleh 30 orang pelajar asnaf dan anak yatim berumur antara 8 hingga 17 tahun. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menerapkan minat ilmu sains di kalangan pelajar rumah bakti tersebut. Di samping itu program komuniti ini juga merupakan salah satu usaha ITMA untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Program merangkap Ketua Laboratori Peranti Fungsian, Prof. Madya Dr. Suhaidi Shafie. Pengarah ITMA, Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon kemudiannya telah merasmikan majlis.

Seterusnya peserta telah diberi penerangan ringkas mengenai Universiti Putra Malaysia dan Institut Teknologi Maju oleh Puan Rosiah Osman. Program diteruskan dengan penerangan mengenai “Teknologi Solar” oleh En. Mohd Ruzaimi Ariffin. Peserta telah menjalankan aktiviti amali pemasangan komponen elektrik untuk mendapatkan tenaga elektrik dari panel solar untuk menyalakan mentol lampu. Dr. Intan Helina Hasan seterusnya membuat pembentangan mengenai sains, penyelidikan dan cabaran penyelidikan di masa hadapan.

Program diakhiri dengan sesi ucapan penutup oleh Encik Abu Bakar, wakil pengurusan Rumah Bakti Al Kausar. Seterusnya pihak ITMA telah menyampaikan sijil, cenderahati dan sumbangan kewangan kepada pihak Rumah Bakti dan setiap pelajar. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar khususnya dan pihak Rumah Bakti Al Kausar amnya dan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

 

Tarikh Input: 12/03/2020 | Kemaskini: 13/03/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdOA7~