ITMA Jemput Pakar Kongsi Petua Dan Muslihat Untuk Sertai Pertandingan Inovasi. | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Jemput Pakar Kongsi Petua dan Muslihat untuk Sertai Pertandingan Inovasi.

ITMA Jemput Pakar Kongsi Petua dan Muslihat untuk Sertai Pertandingan Inovasi.

SERDANG, 26 Februari – ITMA melalui Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL) telah menjemput pakar, Ts Mohamed Syazwan Osman bagi berkongsi petua dan muslihat sebelum menyertai mana-mana pertandingan inovasi dalam program bertajuk 'Innovation Competition: Unlocking Innovation Potential, Awesome Tips and Tricks'.

Program yang diadakan secara dalam talian menggunakan platform Webex dan turut disiarkan secara langsung di saluran Youtube ini telah disertai oleh 235 peserta terdiri daripada staf dan pelajar-pelajar ITMA serta guru-guru daripada Persatuan Sahabat Guru Malaysia.

Penceramah yang dijemput merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), cawangan Pulau Pinang berkongsi pengetahuan melalui pengalaman berharga beliau memenangi 85 pingat dalam beberapa pertandingan inovasi bersama pelajar-pelajar beliau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  

Program dihoskan oleh Prof. Madya Dr Che Azurahanim Che Abdullah, ketua MSCL telah mendapat maklumbalas yang positif daripada para peserta. Semoga program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dan motivasi serta memupuk pemikiran inovatif dan kreativiti dalam kalangan peserta. 


Tarikh Input: 24/03/2021 | Kemaskini: 25/03/2021 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEYJAo~