ITMA Jemput Pakar Untuk Berkongsi Pengetahuan Mengenai Teknik Pencirian Bahan | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Jemput Pakar untuk Berkongsi Pengetahuan Mengenai Teknik Pencirian Bahan

ITMA Jemput Pakar untuk Berkongsi Pengetahuan Mengenai Teknik Pencirian Bahan

24 OKTOBER. Serdang - ITMA telah menjemput beberapa orang pakar untuk berkongsi mengenai teknik pencirian bahan melalui ceramah dalam "Materials Characterization Seminar 2019" yang dianjurkan di Bilik Seminar ITMA baru-baru ini. Selain daripada perkongsian, ITMA juga ingin mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan ujian yang ditawarkan kepada penyelidik UPM khususnya dan institusi lain secara umumnya.

Dalam seminar selama tiga hari ini, para peserta yang terdiri daripada pelajar dan penyelidik muda dapat belajar dan meningkatkan kefahaman mereka tentang beberapa teknik utama pencirian bahan; X-ray Diffraction (XRD), Surface Area Particle Size Analyzer, Nanosizer, Raman Spectroscopy, Multimode Reader (Fluorescence, Absorbance & Luminescence), Ultra High Resolution Scanning Electron Microscope (FESEM) dan Energy Dispersive X-ray (EDX). Pakar-pakar yang dijemput adalah Encik Tue Chuan Huat, Penasihat Teknikal daripada RGS Corporation Sdn. Bhd., Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, Felo Penyelidik ITMA, Dr. Nizam Tamchek, Pensyarah Kanan daripada Fakulti Sains UPM, Cik Hong Chia Yean, Pakar Aplikasi Bidang daripada Chemopharm Sdn. Bhd., Encik Ho Oi Kuan, Pakar Aplikasi daripada Crest Nanosolutions Sdn. Bhd. dan Dr. Wu Jiang, Saintis Aplikasi daripada Oxford Instrument, Singapore.

Pada hari ketiga, para peserta dibawa untuk lawatan makmal bagi melihat demonstrasi termasuk peralatan lain seperti Universal Tensile Machine (UTM), Rheometer, Gas Chromatography, Fourier Transform Infra-Red (FTIR), UV-Visible Spectrometer, Inkjet Deposition System dan Vector Network Analyzer (VNA). Sesi demonstrasi telah dikendalikan oleh beberapa orang penyelidik dan kakitangan teknikal ITMA.

Seramai 25 orang peserta daripada UPM dan institusi lain telah menyertai seminar ini. Diharap penganjuran seminar yang telah dimulakan sejak tahun lepas ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah perkongsian kepakaran dalam pencirian bahan.

Tarikh Input: 01/11/2019 | Kemaskini: 01/11/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEQVAi~