ITMA Kongsi Teknologi Fabrikasi Litar Bercetak | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Kongsi Teknologi Fabrikasi Litar Bercetak

ITMA Kongsi Teknologi Fabrikasi Litar Bercetak

SERDANG, 12 Nov - Institut Teknologi Maju (ITMA) berkongsi mengenai teknologi fabrikasi litar bercetak dalam satu bengkel, "Thick Film Fabrication Workshop 2019 (TFFW2019)" yang diadakan baru-baru ini.

Teknologi ini dihasilkan menggunakan pes organik hasil kajian kumpulan penyelidik ITMA yang diketuai oleh Pengarah, Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon.

Bengkel dua hari ini meliputi ceramah dan menghasilkan litar bercetak di Makmal Peranti Fungsian.

Peserta turut berpeluang mempelajari teknik-teknik untuk pengujian litar yang dihasilkan menggunakan peralatan berteknologi tinggi yang terdapat di ITMA serta dibawa ke syarikat Khai Lien Silk Screen Suppliers (M) Sdn. Bhd untuk menyaksikan sendiri penghasilan stensil yang digunakan untuk mencetak litar atau apa-apa rekabentuk mengikut aplikasi di atas substrat, sama ada papan litar, filem plastik mahupun kertas.

                                 

Prof. Nizar berkata "kami berharap teknologi yang kami perkenalkan ini dapat dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik yang ingin mempelopori teknologi pembikinan menggunakan pes, kerana kami dapati teknologi ini mempunyai potensi yang amat besar untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi lain seperti antena, penderia gas dan juga komponen elektronik yang lain".

Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.

 

Tarikh Input: 21/11/2019 | Kemaskini: 26/11/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEaGAw~