Lawatan Continental Tyre (M) Sdn. Bhd Ke Ke Institut Teknologi Maju, UPM | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Lawatan Continental Tyre (M) Sdn. Bhd ke ke Institut Teknologi Maju, UPM

Lawatan Continental Tyre (M) Sdn. Bhd ke ke Institut Teknologi Maju, UPM

Lawatan Continental Tyre (M) Sdn. Bhd ke ke Institut Teknologi Maju, UPM

Pada 8 Jun 2017, Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan (MPTL) telah menerima kunjungan pelawat daripada Continental (M) Sdn. Bhd., syarikat pembuat tayar yang berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor. Pelawat tersebut terdiri daripada Cik Chai Fei Chin dan Cik. Jannah Jaafar Sidek daripada Jabatan Material and Simulative Evaluation. Kedatangan mereka di alu-alukan oleh Ketua Laboratori MPTL iaitu Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid dan turut dihadiri oleh Pegawai Penyelidik, Mohd Ali Mat Nong, Juraina Md Yusof dan Pegawai Sains, Roslina Abdul Rashid. Semasa mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat ITMA itu, kedua pihak memperkenalkan diri masing-masing dan menjelaskan mengenai skop pekerjaan dan bidang penyelidikan dan pembangunan yang sedang dijalankan ketika ini. Turut dibincangkan ialah  mengenai jalinan kerjasama di antara penyelidik ITMA dan Continental sebagai salah satu inisiatif mengeratkan jaringan di antara universiti dan industri. Pelawat kemudiannya dibawa melawat beberapa makmal di ITMA yang menempatkan peralatan canggih seperti Field Emission Scanning Electron Microscope (FESEM) dan Raman Spectroscopy.

Lawatan kedua Continental Tyre (M) Sdn. Bhd ke Institut Teknologi Maju, UPM

Pada 17 Julai 2017, Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan (MPTL) telah menerima kunjungan kedua daripada delegasi Continental Tyre (M) Sdn. Bhd, iaitu susulan daripada kunjungan pertama yang telah berjaya menarik minat syarikat ini untuk menjalin jaringan penyelidikan bersama ITMA. Pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat ITMA untuk sesi pengenalan. Kali ini, Continental telah diwakili oleh Pengurus Besar, En. Jonathan Lim Shiang Chin, Pengurus Sumber Manusia, Cik Lei A. Datuin, Cik. Candice Ng Wen Wei, Cik. Jannah Jaafar Sidek and Cik. Chai Fei Chin.  Manakala, MPTL diwakili oleh Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid sebagai Ketua Lab, Prof. Madya Dr. Mohammad Amran Mohd Salleh sebagai Ketua, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (KKA) ,Fakulti Kejuruteraan dan juga para Pegawai Penyelidik MPTL. Sesi pengenalan dimulakan dengan pembentangan oleh En. Jonathan Lim Shiang Chin mengenai Continental (M) Sdn. Bhd. di ikuti dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid mengenai MPTL dan ITMA dan di akhiri dengan penerangan singkat mengenai KKA oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Amran Mohd Salleh. Mesyuarat ini diteruskan dengan perbincangan mendalam mengenai bidang-bidang yang berpotensi untuk jaringan kerjasama, skop memorandum of understanding dan pertukaran pelajar atau pelatih di antara ITMA dan Continental. Secara keseluruhannya, kedua belah pihak telah bersetuju untuk membuat draf memorandum of understanding bagi merealisasikan jalinan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan yang mampu memberi manfaat bersama. Pelawat kemudiannya dibawa melawat laboratori dan kemudahan terkini yang terdapat di KKA. 

Tarikh Input: 14/09/2017 | Kemaskini: 14/09/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEUMAJ~