Lawatan Daripada Delegasi Universiti Chulalongkorn | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Lawatan Daripada Delegasi Universiti Chulalongkorn

Lawatan Daripada Delegasi Universiti Chulalongkorn

SERDANG, 2 Mei – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menerima kunjungan daripada Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand. Para delegasi disambut oleh. Prof. Madya Dr. Mohd. Nizar Hamidon, Pengarah, Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid, Ketua MPTL, dan Dr. Umer Rashid, Fellow Penyelidik MPTL. Delegasi Universiti Chulalongkorn diwakili oleh Prof. Madya Dr. Chawalit Ngamcharussrivichai dan Dr. Wayu Jindapon daripada Jabatan Teknologi Kimia. Ini adalah pertemuan kedua untuk Dr. Umer Rashid yang telah membuat lawatan ke universiti mereka pada tahun lepas. Selepas perbincangan, delegasi kemudian melawat makmal ITMA dan Pusat Kecemerlangan Sains dan Teknologi Catalyst (PutraCAT), Fakulti Sains, UPM.

Objektif lawatan ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama pada masa hadapan seperti kerjasama penyelidikan, pertukaran pelajar dan program mobiliti. Lawatan ini telah mewujudkan peluang bagi para penyelidik UPM untuk menjalankan penyelidikan dengan Universiti Chulalongkorn, Bangkok yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. Ini merupakan langkah awal untuk jaringan kerjasama penyelidikan yang lebih erat dengan universiti antarabangsa yang lain.

       

 

 

Tarikh Input: 15/05/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXETEAT~