Lawatan Delegasi Universiti Ataturk, Turki | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Lawatan Delegasi Universiti Ataturk, Turki

Lawatan Delegasi Universiti Ataturk, Turki

3 Oktober, 2017 – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menerima kunjungan Rektor dan delegasi dari Universiti Ataturk, Turki. Tujuan lawatan ini diadakan sebagai lawatan rangka kerja bagi mengadakan kolaborasi program pengajian yang diterajui oleh Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia.

Lawatan telah diadakan bermula 3 Oktober 2017 dan telah dihadiri oleh Dr. Ömer ÇOMAKLI (Rektor), Dr. Bulent Cavusoglu (Pengarah Eksekutif Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa), Prof. Dr. Mehmet ERTUGRUL dan Prof. Ali ÇaÄŸlar Güllüce (Pegawai Khas Rektor).

Antara tempat yang dilawati adalah Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pertanian, Sekolah Pengajian Siswazah serta Taman Pertanian UPM. Diharapkan dengan kunjungan ini, dapat mengeratkan lagi hubungan di antara UPM dan universiti luar negara seumpama Universiti Ataturk ini.

Pihak ITMA juga akan meneruskan kerjasama penyelidikan dengan menghantar pelajar dari ITMA sebagai memenuhi program mobiliti pelajar di samping mereka dapat juga mencari peluang-peluang penyelidikan lain di Universiti Ataturk.

Tarikh Input: 06/10/2017 | Kemaskini: 09/10/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEZNAh~