Lawatan MPTL Ke Continental Tyre (M) Sdn. Bhd | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Lawatan MPTL ke Continental Tyre (M) Sdn. Bhd

Lawatan MPTL ke Continental Tyre (M) Sdn. Bhd

Hubungan akademik-industri di antara Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan (MPTL) dan Continental Tyre (M) Sdn. Bhd. telah dieratkan lagi dengan lawatan sekumpulan penyelidik daripada ITMA ke kilang Continental Tyre pada 28 Ogos 2017. Lawatan telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid dan diiringi oleh Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, Prof. Madya Dr. Mohammad Amran Mohd Salleh, Dr. Ismayadi Ismail, Mohd Ali Mat Nong, Juraina Md Yusof and Roslina Abdul Rashid. Manakala Continental telah diwakili oleh Cik Chai Fei Chin, Cik Tang Hon Peng, Cik Jannah Jaafar Sidek, En. Choong Lap Kit, En. Addy Chee Wei Kit dan Cik Ku Suhasliza Ku Sulong.

Pertemuan ini telah dimulakan dengan pengenalan ringkas oleh setiap ahli yang hadir, diikuti dengan agenda pada hari tersebut. Cik Chai Fei Chin telah memulakan sesi dengan membentangkan objektif dan jangkaan dari Continental terhadap kerjasama ini diikuti oleh pembentangan yang sama mewakili MPTL daripada Prof. Madya Dr. Suraya. Jangkaan Continental termasuk pertukaran ilmu, perkongsian dan sokongan dalam penyelidikan dan pembangunan, perkongsian kemudahan peralatan dan pertukaran pelajar.

Continental menerangkan mengenai proses penyelidikan mereka terhadap getah asli bermula dari pencirian, pengujian kestabilan dan fungsian. Mereka turut berkongsi mengenai beberapa kekangan yang dihadapi seperti pengasingan protin dan lipid, penambahan silica untuk meningkat kekuatan mekanikal produk di samping minat mereka untuk meletakkan bahan konduktif di dalam getah asli sebagai pengesan atau alat penuai tenaga.  Keperluan untuk mengawal swelling behavior geah asli turut dibincangkan.

Manakala itu, MPTL menggariskan beberapa jangkaan daripada hubungan akademik-industri ini iaitu pertukaran pelajar iaitu pelajar tahun akhir daripada UPM sebagai pekerja pelatih di Continental dan menerima kakitangan Contienntal sebagai pelajar di UPM. Bagi penyelidikan, MPTL berharap supaya dapat berganding bahu dengan Continental memohon geran penyelidikan berimpak tinggi  dan juga perkongsian kemudahan peralatan bagi kedua-dua pihak. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan daripada Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein bertajuk Inorganic based phytohormone delivery vector of 2-chloroethylphosphonate nanohybrid, a new stimulating compound with controlled release property to increase latex production.

Seterusnya satu sesi percambahan idea telah diadakan untuk mendapatkan fokus penyelidikan yang boleh dijalankan oleh kedua belah pihak. Terdapat 2 topik yang boleh dikembangkan iaitu penyelidikan  fungsian dan aplikasi. Di bawah topik fungsian, terdapat topik kecil seperti penyediaan clay-rubber nanocomposite, natural rubber (NR) functionalization, crosslinking the functional group with rubbers, NR functionalities enhancement eg; electrical conductive rubber, NR sebagai penebat elektrik, In-situ polymerization NR – effect electrical conductivity dan penambahbaikan  piezoelectric energy harvester power density menggunakan NR. Manakala, untuk dibawah topik aplikasi, turut dicadangkan ialah aplikasi dalam flexible sensors of CNT cotton in NR dan EMI absorbers shielding using magnetic nanoparticles in NR.

Bagi tahap pencirian bahan, penyelidikan boleh dijalankan dalam skop pencirian komponen NR didalam mikrstruktur (kimia dan reologi), quantification of non rubber components, protein and lipid isolation (extraction), pencirian komponen dalam NR menggunakan alat terkini seperti GCMS/LCMS/NMR/Raman, rheological studies of raw NR and NR nanocomposite, molecular weight and distribution of NR, determination of NR composition with FT-IR: Rapid and non-obstructive untuk mengetahui kandungan protein and lipid, teknik untuk meningkatkan penyimpanan NR dan terakhir sekali pencirian makro dan mikrogel NR.

Hasil utama daripada jalinan kerjasama penyelidikan ini ada pembangunan kajian mengenai kestabilan, penyilangan dan trend pengembangan  getah asli. Agenda terakhir menyimpulkan bahawa beberapa tindakan perlu dilakukan oleh kedua pihak. MPTL akan mengambil tindakan menghubungi semua penyelidik yang terlibat dengan penyelidikan dalam bidang getah asli untuk mendapatkan hasil penerbitan mereka dan untuk menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Continental. MPTl juga akan memanggil penyelidik lain yang berminat untuk turut serta didalam mesyuarat akan dating. Deraf MoU akan disediakan oleh Continental mengikut template MoU dari UPM. Kedua pihak bersetuju untuk membincangan dengan lebih lanjut mengenai penggunaan alat gunasama.

Selepas mesyuarat tersebut, delegasi MPTL telah dibawa melawat tapak pengujian tayar Continental dan makan tengahhari di cafeteria. Kesimpulannya, lawatan ke Continental Tyre (M) Sdn. Bhd telah membuahkan hasil positif dalam usaha mewujudkan kerjasama penyelidikan.

Tarikh Input: 14/09/2017 | Kemaskini: 14/09/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
B1566048958