Lawatan Oleh Delegasi Icma, University Of Zaragoza, Sepanyol | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Lawatan Oleh Delegasi Icma, University Of Zaragoza, Sepanyol

Lawatan Oleh Delegasi Icma, University Of Zaragoza, Sepanyol

SERDANG 17 Jun -  Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Aragón Materials Science Institute (ICMA), University of Zaragoza, Sepanyol bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama dengan UPM.

Delegasi itu diketuai oleh Pengarah ICMA, Prof. Dr. Javier Campo dan diiringi oleh Saintis ICMA, Prof. Dr. Xerman de la Fuente yang turut menyampaikan syarahan bertajuk “Laser applications in materials science and engineering” kepada 26 orang penyelidik serta pelajar UPM di Bilik Seminar ITMA.

Pada sebelah petangnya, satu sesi perjumpaan bersama Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris telah diadakan di Bilik Tetamu, Pejabat Naib Canselor yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan & Industri), Prof. Dato. Dr.-Ing Ir Renuganth Varatharajoo,  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Zulkifli Idrus,  Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Mohd Nizar Hamidon, Timbalan Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah dan Saintis Pelawat ITMA, Prof. Dr. Mehmet Ertugrul daripada Ataturk University.

Keesokannya, satu sesi perbincangan diadakan antara Prof. Dr. Javier Campo dengan penyelidik-penyelidik ITMA serta lawatan ke makmal-makmal. Pada akhir pertemuan tersebut, beliau menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan bersama UPM dengan menandatangani MoU dalam tempoh terdekat.

 

 

Tarikh Input: 28/06/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEZMAK~