Lawatan Syarikat Schiffs And Industries Technik (M) Sdn. Bhd Ke ITMA | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Lawatan Syarikat Schiffs and Industries Technik (M) Sdn. Bhd ke ITMA

Lawatan Syarikat Schiffs and Industries Technik (M) Sdn. Bhd ke ITMA

Pada 13 May 2016 ITMA telah menerima pelawat dari Syarikat Schiffs and Industries Technik (M) Sdn. Bhd. (SIT’s). Rombongan terdiri daripada enam orang staf syarikat termasuk Pengarah Urusan Encik Marizan Nor Basirun dan Pengurus Pemasaran Cik Aliaa Marizan. Kehadiran pihak rombongan di sambut oleh Ketua Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Professor Madya Dr. Suraya Abdul Rashid dan staf ITMA.

Sesi lawatan dimulakan dengan penerangan berkenaan sejarah penubuhan ITMA, latar belakang dan pencapaian yang telah diperoleh ITMA. Pihak delegasi ada juga dimaklumkan berkenaan kemudahan dan perhidmatan analisis yang ITMA sedang jalankan. Perbincangan pendek yang telah dijalankan ada juga menyentuh isu-isu jalinan kerjasama antara pihak syarikat dan ITMA serta penyeldikan tentang ‘Nano WiDE Fuel” dan “Water Diesel Emulsion’. Justeru itu kedua-dua pihak amat berminat mengkaji kaedah can cara penghasilan diesel tersebut bagi mempertingkat kecekapan proses pembakaran.

Pasa akhir sesi lawatan, delegasi rombongan telah dibawa melawat Bilik ‘Field Emission Scanning Electron Microscope’ (FESEM) dan Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan. Pihak delegasi kagum dan teruja setelah melihat peralatan canggih dan perkhidmatan analisis yang pihak ITMA sediakan. Lawatan tersebut telah tamat pada jam enam petang dan pihak laboratori berharap semoga jalinan kerjasama antara pihak syarikat dan ITMA berjaya diadakan.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdNAF~