Majlis Gemilang Putra 2018 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Majlis Gemilang Putra 2018

Majlis Gemilang Putra 2018

UPM, 3 Mei 2018- Seramai 3 orang staf dari Institut Teknologi Maju (ITMA) telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi sesi 2017. Anugerah ini disampaikan di majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2018 yang telah diadakan di Dewan Besar PKKSSAAS, UPM. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato Dr Aini Ideris, Naib Canselor UPM.

Antara staf yang telah dianugerahkan APC 2017 adalah Prof. Madya Dr. Suhaidi Shafie bagi kategori Ketua Laboratori, Norazli Sulaiman dan Norizanne Abd Rahim selaku penerima staf.

Diharapkan dengan anugerah ini akan meningkatkan semangat para staf bagi terus menyumbang kepada kecemerlangan institut dan juga Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 03/05/2018 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEUUAJ~