Memperkasakan Ilmu Sains Dan Teknologi Pelajar Aliran Sains STPM SMK Batu 8, Puchong | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Memperkasakan Ilmu Sains dan Teknologi Pelajar Aliran Sains STPM SMK Batu 8, Puchong

Memperkasakan Ilmu Sains dan Teknologi Pelajar Aliran Sains STPM SMK Batu 8, Puchong

SERDANG, 24 September - Makmal Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL), Institut Teknologi Maju (ITMA) telah berjaya menganjurkan “Program Pemindahan Ilmu: Memperkasakan Ilmu Sains dan Teknologi Pelajar Aliran Sains Peringkat STPM SMK Batu 8, Puchong”. Program yang dirancang sejak Mei 2019 ini telah disertai seramai 32 orang pelajar dan empat orang guru pengiring daripada SMK Batu 8 Puchong (SMKBP). Program ini memberi fokus kepada empat subjek teras utama aliran Sains; Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi yang telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah serta fasilitator daripada ITMA, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan.

  

Program ini bermula dengan majlis perasmian oleh Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Mohd Nizar Hamidon serta sesi pertukaran sijil jalinan kerjasama antara ITMA dan SMKBP di Bilik Seminar ITMA. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi motivasi oleh pakar daripada Pejabat Pendaftar bertajuk “Expressive Art Therapy: My Future Self Portrait” dan kemudiannya sesi ceramah bagi subjek Matematik iaitu “Mathematics: What’s Next?”.

Sesi sebelah petang yang dijalankan di Fakulti Sains, para pelajar berpeluang melakukan sendiri eksperimen lanjutan bagi subjek Kimia, Fizik dan Biologi. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah “Magnetic Slime”, “Fun with Light”, “High Temperature Superconductor System”, “Zebrafish: Exploring Embryogenesis”, “Baby Cow Beauty Journey & Chicken Egg: How Good is Good”, “Rainbow Within” dan “Stress and Chlorophyll in Different Plants”.

   

Selain menjalankan eksperimen, pelajar turut dibawa melawat ke sekitar makmal dan didedahkan dengan suasana pelajar pasca siswazah. Sekalung perhargaan buat semua pakar yang terdiri daripada Cr. Siti Fatimah Abdul Ghani, Dr. Chen Chuei Yee, Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, Prof. Madya Dr. Thahira Begum, Dr. Zuraidah Zan, Prof. Madya Dr. Suriati Paiman, Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik, Prof. Madya Dr. Raba’ah Syahidah Azis, Dr. Wan Norhamidah Wan Ibrahim, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Dr. Bokhary Zainal dan Dr. Mohd Hafiz Ibrahim serta semua fasilitator yang terlibat menjayakan program ini.

Acara penutup telah berlangsung pada jam 5.00 petang di Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains, UPM dengan ucapan daripada pengerusi program, Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee dan wakil guru pengiring, Puan Yu Guk Ting.

Lagi gambar-gambar menarik di sini

Tarikh Input: 10/10/2019 | Kemaskini: 29/01/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEXRAN~