Pengarah Itma Lawat Magna Value, Sg. Petani | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Pengarah Itma Lawat Magna Value, Sg. Petani

Pengarah Itma Lawat Magna Value, Sg. Petani

SUNGAI PETANI, 15 Ogos -  Pengarah Institut Teknologi Maju (ITMA), Prof. Madya Dr. Mohd Nizar bersama-sama dengan Saintis Pelawat ITMA, Prof. Dr. Mehmet Ertugrul telah melawat Magna Value Sdn. Bhd, sebuah syarikat perdagangan khusus dalam bateri, sel bahan bakar, teknologi nano dan peralatan analisis yang terletak di Sg. Petani, Kedah.

   

Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan peralatan analisis bagi memenuhi keperluan penyelidik tempatan. ITMA berhasrat untuk membina jaringan dengan mana-mana industri yang berpotensi bagi memperluaskan aktiviti penyelidikan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak.

Lawatan dua hari itu dipenuhi dengan perbincangan yang bermanfaat. Pada akhir perjumpaan, syarikat itu berminat untuk bekerjasama dalam pembangunan Sistem “Sputtering” terutama dari segi perundingan.

Tarikh Input: 30/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdBAu~