Penyelidik Bersekutu MPTL Bentang Kepakaran Mereka | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Penyelidik Bersekutu MPTL bentang kepakaran mereka

Penyelidik Bersekutu MPTL bentang kepakaran mereka

SERDANG, 4 Mac – Sembilan orang penyelidik bersekutu Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan (MPTL) telah membentangkan kepakaran masing-masing dalam program bertajuk MPTL Online Seminar 2021 yang dilaksanakan secara atas talian.

Program dianjurkan secara bersiri mulai 9 Februari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan staf UPM serta institusi luar.

Pelbagai topik menarik dibentangkan khusus dalam bidang pemprosesan dan teknologi bahan dalam program yang dihoskan oleh Dr Siti Zulaika Razali ini.

Topik-topik yang dibentangkan adalah Bionanocomposite Materials for Potential Food Packaging Applications oleh Prof Madya Dr Siti Hajar Othman, Electrospun Nanofibers for Biomedical Applications oleh Dr Norizah Abdul Rahman, Geopolymer: Ancient Materials with Potential Applications oleh Prof. Madya Dr Norkhairunnisa Mazlan, Functionalization of Graphene Oxide by Gamma Ray for Anticorrosive Coatings oleh Prof. Madya Dr Norazowa Ibrahim, The Lignin-less Cellulose oleh Dr Dayang Radiah Awang Biak, Fluorometric Immunoassay for Detecting the Plant Virus Citrus Tristeza Using Carbon Nanoparticles Acting as Quenchers oleh Prof. Madya Dr Mohamad Amran Mohd Salleh, Utilization of Graphene in Fuel Cell Device oleh Dr Nordin Hj Sabli, Carbon Nanomaterials: Functionalization and Applications oleh Dr Faizah Md Yasin dan Corrosion Inhibitor from Oil Palm Empty Fruit Bunch oleh Dr Shafreeza Sobri.

Moga perkongsian begini menjadi landasan penyebaran ilmu yang memberi manfaat kepada semua peserta serta ruang promosi kepada para penyelidik.

Tarikh Input: 31/03/2021 | Kemaskini: 31/03/2021 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXETTAe~