Penyelidik Dan Pelajar ITMA Menang Anugerah Di MSAE 2021 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Penyelidik dan Pelajar ITMA Menang Anugerah di MSAE 2021

Penyelidik dan Pelajar ITMA Menang Anugerah di MSAE 2021

SERDANG, April – Penyelidik dan pelajar ITMA telah memenangi satu Emas, satu Gangsa, Anugerah Khas Juri dan Poster terbaik dalam Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian & Makanan (MSAE 2021) anjuran Persatuan Jurutera dan Makanan Malaysia (MSAE), Fakulti Kejuruteraan, UPM pada 23 Mac 2021.

Pembentangan yang bertajuk Biogenic Zinc Oxide Nanoparticles Revolutionize Malaysian Crop Plants oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, Lau Gee Een dan Muhammad Naziff Ahamad Said telah merangkul Anugerah Emas.

Manakala Anugerah Gangsa dimenangi melalui pembentangan poster bertajuk Biogenic and Photocatalic Titanium Dioxide-Based Nanomaterials for Sustainable Agriculture oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, Muhammad Azri Muhammad Yusop dan Roshasnorlyza Hazan.

Anugerah khas juri pula diterima menerusi pembentangan bertajuk Green Synthesis of Gold Nanoparticles from Cocoa Waste for Potential Colorimeter Based Pesticides Identification oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, Ahmad Kamil Mohd Jaafar, Puteri Nurhazeera Iqbal Azaham, sementara poster bertajuk Green Nanomaterials Sustainable Release of Fertilizer for Agriculture Application oleh Emmellie Laura Albert, Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, Dharshin Perumal dipilih sebagai Poster Terbaik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang!

Tarikh Input: 21/05/2021 | Kemaskini: 21/05/2021 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEUJAW~