Program Bimbingan Tunas Saintis Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Program Bimbingan Tunas Saintis Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar

Program Bimbingan Tunas Saintis Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar

SERDANG - Institut Teknologi Maju (ITMA) komited untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan dan penyebaran ilmu. ITMA sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak industri dan komuniti dengan menjalankan aktiviti-aktiviti kerjasama penyelidikan dan program-program pemindahan ilmu yang dapat member manafaat kepada kehidupan seharian.

Pada tahun 2017, ITMA telah mula menjalankan aktiviti jaringan komuniti dengan member bimbingan dan khidmat nasihat kepakaran bagi membantu MRSM Muar di dalam program pertandingan Tunas Saintis 2018. Pada tahun ini, sekali lagi, pihak MRSM Muar ingin mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran dari pihak ITMA berkaitan projek-projek sains yang akan dipertandingkan pada Tunas Saintis 2019 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2019. Susulan itu pihak MRSM Muar telah membuat kunjungan awal ke ITMA pada 14 September 2018 bagi membincangkan tajuk-tajuk projek yang sesuai bagi menyertai pertandingan tersebut. Lawatan ini yang dihadiri orang guru pembimbing dan lapan orang pelajar ini, sebanyak enam tajuk projek telah dibentangkan untuk memberi gambaran awal kepada pihak ITMA. Projek-projek yang dicadangkan oleh pihak MRSM sendiri ini adalah projek yang berpotensi untuk dibawa ke pertandingan tersebut.

Ini diikuti oleh kunjungan sepuluh (10) orang pelajar dan seorang guru pembimbing pada 11-12 Oktober 2018 bagi menambahbaik cadangan projek mereka. Sepanjang aktiviti ini mereka telah dibimbing oleh beberapa orang pensyarah dan pelajar ITMA sebagai fasilitator untuk penambahbaikan. Pihak MRSM Muar akan membuat beberapa kunjungan lagi ke ITMA menjelang hari pertandingan.

 

 

Disediakan oleh: Rosiah Osman/Md Ali Rani

Tarikh Input: 18/01/2019 | Kemaskini: 24/01/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEYHAE~