Program 'Laboratory Safety Talk And Card Activation Day 2017' | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Program 'Laboratory Safety Talk and Card Activation Day 2017'

Program 'Laboratory Safety Talk and Card Activation Day 2017'

11 Januari 2017, Institut Teknologi Maju,  – Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Institut Teknologi Maju telah menganjurkan 'Laboratory Safety Talk and Card Activation Day 2017'. Seramai 60 orang peserta telah hadir ke program ini di mana telah diadakan selama dua hari. 

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi JKKP ITMA, iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah. Para Peserta adalah terdiri daripada penyelidik dan pelajar dari ITMA. Tujuan program ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang keselamatan dalam laboratori khususnya kepada para pelajar dan penyelidik ITMA. Ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi teori dimana penceramah yang pakar dalam bidang keselamatan laboratori telah dijemput dan sesi praktikal yang akan dijalankan dalam laboratori ITMA.  Kedua-dua sesi disampaikan oleh Dr. Mohamed Ibrahim dari Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

Ceramah ini adalah penting untuk memperluas dan memantapkan pengetahuan pelajar serta penyelidik tentang keselamatan serta peraturan di ruang kerja terutama sekali di dalam laboratori. Seterusnya dapat membendung sebarang kemalangan di dalam makmal daripada berlaku.

Tarikh Input: 03/04/2017 | Kemaskini: 03/04/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
C1576366305