Program Pemindahan Ilmu UPM: Markas Kecemerlangan PPSR 2018 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Program Pemindahan Ilmu UPM: Markas Kecemerlangan PPSR 2018

Program Pemindahan Ilmu UPM: Markas Kecemerlangan PPSR 2018

30 Mac, 2018 – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menganjurkan satu program yang dinamakan Program Pemindahan Ilmu UPM : Markas Kecemerlangan PPSR 2018. Program ini berlansung selama tiga hari bermula dari 30 Mac 2018 sehingga 1 April 2018. Program ini  telah disertai oleh seramai 41 orang pelajar tahun 5 dan 6 Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Ping, Kampung Tok Lawit, Terengganu. Program ini telah dilaksanakan dengan melibatkan staf dan pelajar dari ITMA dan juga Fakulti Sains UPM yang bertindak sebagai fasilitator pada program tersebut. Program tersebut turut disokong oleh Yang Berhormat Dato Rozi Haji Mamat yang merupakan Exco Belia, Sukan & Sumber Manusia Negeri Merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu bersama  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tok Lawit & Kemajuan Rukun Tetangga Kg. Tok Lawit. Tidak terkecuali juga En. Jalaludin Bin Ismail Pegawai Pelajaran  Pendidikan Hulu Terengganu   (PPD), Haji Omar bin Adam Pengarah Agensi Transformasi Negeri Terengganu (ATRA) dan En Abdul Halim yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Ping.


Objektif utama utama program ini dilaksanakan adalah bagi memupuk minat para pelajar sekolah rendah terhadap bidang asas sains serta merangsang minat pelajar  dan ibubapa untuk merujuk, mendalami dan mengkaji bidang sains dalam kehidupan seharian. Program kali ini membawa tema “Sentuhan Ilmu, Inspirasi dan Transmisi Komuniti Bersaintifik ITMA UPM. Turut diselitkan adalah program anak angkat di mana para pelajar dari ITMA dan Fakulti Sains dijadikan peserta bagi program anak angkat tersebut. Slot pertama program ini adalah Majlis Perasmian dan penyerahan Anak angkat kepada keluarga angkat yang terdiri dari warga kampung Tok lawit itu sendiri. Para pelajar ini telah disambut mesra oleh orang kampung memandangkan ini adalah program pertama yang melibatkan pelajar universiti bersama komuniti Kampung Tok Lawit.

 

Tarikh Input: 10/04/2018 | Kemaskini: 24/01/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdQAV~