Program Saintis Muda 2016 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Program Saintis Muda 2016

Program Saintis Muda 2016

2 April, 2016 – Laboratori Peranti Fungsian, Institut Teknologi Maju (UPM) dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi telah menganjurkan satu program yang dinamakan Program Saintis Muda yang telah diadakan di dewan sekolah tersebut. Program ini telah dilaksanakan dengan sokongan IEEE EDS di bawah Program EDS-ETC yang membenarkan ahli kumpulan EDS untuk melawati sekolah tempatan dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang bidang kejuruteraan.

 

Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta. Program ini telah dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi pertama adalah sesi “ice breaking” dimana pelajar didedahkan dengan ‘IQ puzzle block’ Pada sesi kedua, para pelajar diberi kit Elenco Snap Circuits®, pengalaman menyusun atur siri litar elektrik. Pada sesi ketiga, para pelajar diarahkan untuk mereka bentuk litar sensor air dengan bimbingan daripada fasilitator Diikuti dengan sesi pameran panel solar bagi penghasilan tenaga.

Para pelajar sangat teruja dan berpuashati dengan program ini. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penyertaan dan sesi bergambar.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXDdAA2~