Program 'UPM-Kyutech Joint Seminar On Solar Technology 2017' | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Program 'UPM-Kyutech Joint Seminar on Solar Technology 2017'

Program 'UPM-Kyutech Joint Seminar on Solar Technology 2017'

9 Mac 2017, Institut Teknologi Maju - Makmal Peranti Fungsian (FDL) telah menganjurkan UPM-Kyutech Joint Seminar on Solar Technology 2017. Seramai 70 peserta telah menghadiri program ini. Terdapat 10 pembentang menghadiri program ini untuk berkongsi tentang penyelidikan yang sedang dijalankan dan berkenaan Teknologi Solar.

Antara pembentang yang mengambil bahagian adalah Prof. Shuzi Hayase, Prof. Tingli Ma, Assoc. Prof. Dr. Shyam S. Pandey dan Dr Theresa S. Ripolles dari Kyutech Jepun. Assoc. Prof. Dr. Suhaidi Shafie, Assoc. Prof. Dr. Mohd Amran Mohd Radzi, Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir dan Assoc. Prof. Dr. Wan Zuha Wan Hasan dari UPM. Manakala Assoc. Prof. Dr. Nattha Jindapetch dan Dr. Warit Wichakool kedua-duanya dari Prince Songkhla University of Thailand.

Penganjuran program itu diharapkan dapat mencetuskan idea-idea dari penyelidik dari UPM, Kyutech serta Prince Songkhla University of Thailand untuk mengembangkan penyelidikan dalam bidang ini dan juga untuk merealisasikan wawasan institut sebagai institusi bertaraf dunia.

Tarikh Input: 03/04/2017 | Kemaskini: 03/04/2017 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXETLAD~