Sesuaikan Dengan Normal Baharu, Itma Kongsi Ilmu Secara Talian | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Sesuaikan Dengan Normal Baharu, Itma Kongsi Ilmu Secara Talian

Sesuaikan Dengan Normal Baharu, Itma Kongsi Ilmu Secara Talian

SERDANG, 10 Jun – Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Covid-19, Institut Teknologi Maju (ITMA) berjaya menganjurkan tiga siri seminar dalam talian. Usaha ini adalah untuk memastikan aktiviti perkongsian pengetahuan berterusan dengan pelajar dan penyelidik walaupun dalam keadaan normal baharu.

Sebanyak 12 sesi perkongsian berjaya dijalankan dan dibentangkan oleh enam orang penyelidik Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan (MPTL) pada bulan April, tiga orang penyelidik Laboratori Peranti Fungsian (FDL) pada bulan Mei, dua penyelidik daripada Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL) serta seorang pembentang jemputan daripada Institut Gandhiram Rural, India iaitu Prof. Dr. Abraham John.  Mereka membincangkan pelbagai topic dan petua yang berkaitan dengan kepakaran, dan projek terbaru mereka.

Objektif utama seminar ini adalah untuk memastikan pelajar dan penyelidik sentiasa berhubung dengan penyelidikan walaupun ramai yang kehilangan kerja makmal masing-masing. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk mengekalkan motivasi yang tinggi dan terus menjadi produktif semasa PKP.

Semua sesi ini disertai lebih kurang 250 peserta termasuk UPM dan institusi luar seperti UKM, UiTM, UMT, UNITEN, UTEM, UTM, Universiti Teknikal Malaysia, Adamawa State University (Nigeria), Universitas Internasional Batam (Indonesia), Kyutech (Jepun) dan Sri Vidya Mandir College of Arts and Sciences Salem-10 Tamil Nadu (India). Secara tidak langsung ITMA akan dapat meningkatkan keterlihatan dan memperluas senarai potensi rangkaian pada masa akan datang sekarang kerana kita semakin biasa menjalankan aktiviti menggunakan format dalam talian. Nantikan lebih banyak acara dalam talian pada masa hadapan!

  

  

Tarikh Input: 18/06/2020 | Kemaskini: 18/06/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXESLAO~