Sistem Permohonan Kemasukan Ke Pengajian Siswazah Secara Online | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» PASCA SISWAZAH » Mohon Sekarang » Sistem Permohonan Kemasukan Ke Pengajian Siswazah Secara Online

Sistem Permohonan Kemasukan Ke Pengajian Siswazah Secara Online

Sila memohon secara dalam talian melalui

Aplikasi atas talian:  http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/  

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Pengajian Siswazah kini dalam usaha untuk meningkatkan efisiensi urusan pengambilan pelajar siswazah. Sehubungan itu, permohonan kemasukan ke Pengajian Siswazah akan dijalankan sepenuhnya secara online mulai 18 November 2013 (Isnin) sebagaimana yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengambilan Pelajar Peringkat Ketiga pada 12 November 2013 (Selasa). Antara perkara yang akan berlaku secara beransur-ansur adalah seperti berikut:

(a)    Tiada lagi dokumen diterima dalam bentuk hardcopy di SGS;

- Pelajar hanya perlu muatnaik semua dokumen yang diperlukan di dalam sistem atau hantar dokumen dalam bentuk softcopy kepada SGS melalui e-mel: postgraduateadmission@upm.edu.my;

(a)    Penghantaran dokumen permohonan dalam bentuk softcopy ke Fakulti/Institut akan dibuat melalui GROUP BOX;

- Agihan dokumen di peringkat Fakulti/Institut ke Jabatan adalah tertakhluk kepada cara dan praktikal Fakulti/Institut masing-masing.

(b)   Keputusan saringan dimaklumkan dengan lebih cepat berbanding sedia ada.

- Permohonan kemasukan ke Program Master Dengan Tesis dan Phd dalam tempoh 2 minggu; dan

 

- Permohonan yang dimajukan ke Fakulti atau Institut lain untuk pertimbangan semula diberi tempoh dalam tempoh 4 minggu.

- Dalam tempoh peralihan cara kerja ini, Pihak SGS masih akan menghantar salinan dokumen yang diterima sebelum  18 November 2013 (Isnin) dan dari masa ke semasa Unit Pengambilan Pelajar akan berhubung dengan Pelaksana Urusan Pengambilan Pelajar di peringkat Fakulti/Institut sekiranya ada dokumen yang dihantar melalui GROUP BOX. Oleh itu, mohon kerjasama pihak Fakulti/Institut untuk bersedia dengan perubahan cara kerja pengambilan pelajar selepas ini. Bersama ini dilampirkan Perincian Urusan Permohonan Kemasukan ke Program Siswazah Secara Online untuk rujukan.

 

 

 

Kemaskini:: 03/12/2018 [zuhairi_zainal]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
B1566203781