Teknologi Sensor | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» PENYELIDIKAN » Kumpulan Penyelidikan » Teknologi Sensor

Teknologi Sensor

Program Teknologi Sensor telah mula ditawarkan bermula 1 April 2011 dengan nama asalnya adalah Program Kejuruteraan Teknologi Sensor. Tujuan utama program ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan sensor yang boleh digunakan di dalam segala aspek di dalam kehidupan seharian termasuk pertanian dan alammsekitar. Program ini juga akan memfokuskan penyelidikan antara muka sensor, pemprosesan deria, rangkaian sensor dan sensor yang melibatkan penuaian tenaga. Program ini juga meliputi penyelidikan di dalam rangkaian sensor termasuk Rangkaian Sensor Tanpa Wayar (WSN) di mana banyak digunakan di dalam industri dan aplikasi pengguna seperti pengawasan, kawalan dan automasi. Sensor ini boleh dikategorikan sebagai sensor elektronik, bio-sensor dan kimia sensor.

 

Kemaskini:: 15/05/2019 [nursyahirah]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
B1566202662