ITMA Beri Anugerah Kepada Penyelidik Cemerlang, Pelajar Terbaik! | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » ITMA Beri Anugerah Kepada Penyelidik Cemerlang, Pelajar Terbaik!

ITMA Beri Anugerah Kepada Penyelidik Cemerlang, Pelajar Terbaik!

SERDANG, 21 Jun – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menganugerahkan empat orang penyelidik bersekutu sebagai Penyelidik Cemerlang 2018 sempena sambutan Hari Raya di peringkat ITMA yang telah diadakan baru-baru ini.

Penerima-penerima anugerah adalah merupakan penyelidik-penyelidik bersekutu yang mewakili setiap laboratori masing-masing. Mereka adalah Prof. Madya Dr. Rabaah Syahidah Azis dari Fakulti Sains (MSCL), Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh dari Fakulti Kejuruteraan (MPTL) dan Prof. Dr. Nor Azah Yusof dari Fakulti Sains (FDL) manakala Dr. Norhafiz Azis dari Fakulti Kejuruteraan merupakan penerima kategori Penyelidik Baharu Cemerlang. Setiap pemenang telah menerima sijil dan sejumlah geran jangka pendek.

Turut menerima anugerah adalah dua orang graduan Master dan Ph.D. yang terpilih sebagai Pelajar Terbaik ITMA 2018. Mereka adalah Tharani Kulandaivalu, pelajar Master di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid dan Meysam Toozandehjani, pelajar Ph.D. di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori.

Semua anugerah telah disampaikan oleh Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Mohd Nizar Hamidon yang diiringi oleh Timbalan Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah. Menurut Pengarah anugerah ini merupakan penghargaan atas sumbangan mereka terhadap pencapaian ITMA pada 2018. Semoga anugerah ini menjadi motivasi kepada semua penyelidik dan pelajar untuk terus menyokong ITMA pada masa hadapan, tambah beliau.

Gambar-gambar penerima anugerah di sini.

Tarikh Input: 05/07/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEaMAr~