Program Trasformasi Negara (Fit UPM) | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Program Trasformasi Negara (Fit UPM)

Program Trasformasi Negara (Fit UPM)

KBN Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan, 14 Ogos 2016 – Bahagian Penjana Modal Insan (BMI) telah melaksanakan Program Transformasi Warga Kerja Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 12 -14 Ogos 2016 di KBN Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.

Seramai 88 orang peserta telah hadir ke program yang bertujuan untuk memupuk semangat kenegaraan dan jati diri. Peserta adalah terdiri daripada staf dari ITMA,Institut Biosains, INSPEM, Institut Penyelidikan Produk Halal,Institut Kajian dasar Pertanian & Makanan, IPSAS dan INTROP.

Pengisian program ini antaranya wacana minda dengan tajuk ‘Malaysia Negara Berdaulat’ yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penjana Modal Insan, Encik Ardi Putra Darus dan Ucap Utama oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UPM, Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran dan enam (6) slot Latihan Dalam Kumpulan bertemakan kupasan perlembagaan.

 

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
C1576366276