Sesi Perkongsian | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Sesi Perkongsian

Sesi Perkongsian

SERDANG - Seminar NLP yang bertemakan “Rewiring your brain, unleash your potential“ telah berlangsung di Bilik Seminar Institut Teknologi Maju (ITMA) pada 1 Ogos 2018. Dr. Che Azurahanim Che Abdullah telah dijemput sebagai penceramah memandangkan beliau adalah pengamal teknik NLP dan juga salah seorang penyelidik bersekutu ITMA. Objektif seminar adalah untuk membantu penyelidik sama ada pelajar pasca siswazah atau penyelia dari segi meningkatkan kemahiran komunikasi di antara pelajar dan penyelia, membina komunikasi berkesan, membentuk ‘mindset’ sebagai seorang penyelidik dan menyedari matlamat hidup dan bagaimana untuk mencapainya. Di samping itu, para peserta seminar juga berpeluang untuk mempelajari bagaimana meningkatkan kemahiran memproses maklumat yang diterima menggunakan lima deria utama.

Seminar ini telah dihadiri oleh 47 peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai dan pelajar UPM. Daripada 47 pelajar tersebut, 69% adalah daripada pelajar pasca siswazah dan 31%  adalah staf UPM. Seminar ini mendapat sambutan menggalakkan dan diminta untuk diadakan lagi pada masa akan datang meski pun yuran telah dikenakan serendah RM50 dan RM80 untuk pelajar dan staf masing-masing.

 

Tarikh Input: 18/01/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
C1576071716