Tahniah, ITMA Berjaya Mengekalkan Pensijilan MS ISO/IEC 17025! | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Tahniah, ITMA Berjaya Mengekalkan Pensijilan MS ISO/IEC 17025!

Tahniah, ITMA Berjaya Mengekalkan Pensijilan MS ISO/IEC 17025!

SERDANG, Januari 2019 – Laboratori Perincian, Institut Teknologi Maju (ITMA) telah berjaya mengekalkan Pensijilan Sistem Kualiti MS ISO/IEC 17025. Penilaian semula terhadap pelaksanaan sistem kualiti MS ISO/IEC 17025 telah dijalankan pada 10 Januari yang lalu. Proses penilaian telah dijalankan oleh dua orang penilai daripada Jabatan Standard Malaysia terdiri daripada Puan Ng Pui Wan (ketua penilai) dan Encik Lau Cheng Siew (Penilai Teknikal).

Pengurus Kualiti, Puan Sarinawani Abdul Ghani berkata kejayaan ini merupakan hasil kerja berpasukan dalam memastikan kelangsungan pelaksanaan sistem kualiti di makmal pencirian. "Kami akan berusaha untuk mengekalkan pensijilan ini dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan," katanya. ITMA telah mendapat akreditasi bagi dua kaedah pengujian iaitu “Morphology Imaging of Solid Materials using FESEM” dan “Qualitative Determination of the element from Beryllium to Uranium Periodic Table for Solid Materials (EDX)” di bawah skop Mekanikal dan Kimia menggunakan peralatan ULTRA HIGH RESOLUTION SCANNING ELECTRON MCROSCOPE (FESEM) sejak tahun 2016.

Tarikh Input: 15/02/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEbMAx~