Zebrafish Workshop 2019 | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Zebrafish Workshop 2019

Zebrafish Workshop 2019

SERDANG, April 30 – “Zebrafish Workshop 2019: Zebrafish as Model System for Nanotoxicology” telah berjaya diadakan di Laboratori Pemprosesan dan Teknologi (MPTL). Bengkel ini telah dianjurkan oleh Danio Assay Laboratories Sdn. Bhd. dengan kerjasama Institut Teknologi Maju (ITMA) dan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, Ketua Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL).

     

 Program ini dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Syahida Ahmad daripada UPM dan diteruskan dengan sesi-sesi pratikal. Sesi praktikal telah dibahagikan kepada enam seperti mengendali embrio “zebrafish”, kadar survival dan pengukuran LC30, penentuan “scoliosis” dan pengukuran kadar degupan jantung. Para peserta telah dibantu oleh dua orang fasilitator. Seramai 26 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang melibatkan pelajar dan staf dari beberapa fakulti lain dan institusi luar. Bengkel ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta dan sesi perbincangan semasa minum petang.

Tarikh Input: 23/05/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEbKA0~